19 December 2018

K Fry Urban Korean, One Utama



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah sekian lama, baru sekarang saya sempat untuk update blog ni. Nak share review tentang K Fry yang saya makan pada dua bulan lepas. Hahhaha, agak lama baru nak update dalam blog.

Saya ni jenis yang jarang nak mencuba makanan-makanan kat kedai makan ni. Sesekali kita cuba selera baru tak salah kot. Saya pergi makan dekat K Fry ni bersama Ms.A. Kena mention dia kalau tak nanti susah nak pujuk. Hee.

Walaupun saya ni bukanlah peminat Korea a.k.a K-Pop tapi saya cuba jugak untuk menyelami dunia mereka. Haa acah gitu, hahha.

Dah nama kedai pon K Fry Urban Korean mestilah diorang bertemakan makanan Korea kan. Tak perlu la saya terangkan lagi tentang makanan Korea ni. Kita teruskan dengan review mengikut selera tekak saya.

Menu pertama yang kami oder adalah Chicken Bumbuk – Krazy Spicy Cheesy. Apa benda Bumbuk tu saya pon tak tahu, mungkin tu bahasa korea. Ayam yang digulungkan dengan cheese. Ini merupakan menu wajib la kalau korang datang makan dekat K Fry.




Harga untuk Chicken Bumbuk – Krazy Spicy Cheezy ni adalah RM51.90. Dia punya rasa tu okay la tak la pedas sangat tapi dia punya pedas tu tak kena dengan selera saya bila disalut dengan cheese yang banyak. Sebab saya tak berapa minat cheese. Untuk menu pertama ni saya boleh bagi 3 bintang.

Menu kedua kami pilih Kimgaru Bokkeumbap. Yang ni pulak adalah nasi goreng ayam yang dicampur dengan cheese. Nasi ni saya recommend untuk korang yang sama selera mcm saya.



Untuk Kimgaru Bokkeumbap ni harganya RM20.90. Untuk sepinggan yang ni korang boleh kongsi makan untuk 3 orang. Serius mmg banyak. Walaupun saya tak berapa suka cheese, tapi untuk nasi goreng ni bila campur dengan cheese serius cakap boleh tahan sedap dia punya rasa. Yang ni saya bagi 4.5 bintang. Ayam goreng original tu saya lupa nak rasa.

Untuk minuman kami pilih Strawberry Mojito Ade dan juga Apple Mojito Ade. Untuk minuman ni tak perlu untuk saya komen banyak, memang rasa juice buah sweet sour.




Harga untuk Strawberry Mojito Ade dan juga Apple Mojito Ade ni adalah RM8.90. Untuk air saya bagi 4.7 bintang.

Menu terakhir pencuci mulut kami adalah Strawberry Cheese Cake Bingso. Untuk semangkuk ni boleh kongsi 3 hingga 4 orang. Aiskrim memang sedap dimakan sekali dengan buah strawberry. Cuma untuk cheese cake yang ada dalam ice cream tu hmm no comment, nanti korang sendiri la rasa. Mungkin cheese cheese cake tu tak kena dengan selera kami. Ms.A cakap better order Manggo Bingso sebab dia pernah makan yang tu.



Harga Untuk Strawberry Cheese Cake Bingso ni adalah RM25.90 dan yang ni saya bagi 3 bintang.

Total untuk semua sekali adalah RM135.15 termasuk Service Tax 6% dan Service Charge 10%.




Sekiranya anda bercadang untuk datang makan disini, saya sarankan supaya anda buat tempahan awal melalui telefon atau FB messenger official K Fry. Sebab kalau korang datang walk in memang ramai dan lambat untuk sampai giliran anda.



Sekian dari saya. Terima kasih sudi membaca. 😊

Disclaimer : Review dan bintang yang saya berikan adalah mengikut selera tekak saya. Sekiranya review ini tidak sama seperti pendapat anda itu adalah hak masing-masing. Anda boleh komen dibawah untuk sampaikan pendapat anda.

3 comments:

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search