04 August 2019

Coretan Seorang Rider Food Panda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cakap pasal Food Panda mesti korang boleh bayangkan rider berbaju pink ke hulu ke hilir atas jalan raya. Harini saya nak berkongsi dengan korang tentang pengalaman saya sebagai rider Food Panda. Saya akan kongsikan dengan korang serba sedikit tentang cara kerja dan pendapatan bekerja sebagai rider baju pink ni.


Saya mula bekerja sebagai rider Food Panda ni sejak dari bulan April 2019 sampai sekarang (July 2019). Bekerja sebagai rider Food Panda ni boleh dikatakan fleksibel untuk saya uruskan masa dan pendapatan cumanya kerja diluar dengan cuaca Malaysia yang agak panas ni bukan la semua orang boleh tahan.

Rutin sebagai rider Food Panda ni tak ada la susah sangat. Waktu bekerja saya boleh pilih sendiri ikut waktu yang sesuai dengan kehendak saya. Cuma kadang-kadang jadual kerja yang ada habis diambil orang. So kena tunggu la orang lain offer jadual diorang untuk saya pilih.

Selama saya bekerja ni, saya masih belum pernah berurusan dengan customer yang cerewet. Alhamdulillah kerja saya dipermudahkan. Kadang-kadang tu cuma masalah customer salah letak alamat dan pin location tak tepat je la. Haa, satu je masaalah kalau dapat order dekat pangsapuri yang lift dia rosak. Serius cakap memang penat la nak naik tangga sampai atas, pernah sekali tu saya kena hantar ke rumah customer tingkat sebelas lift rosak, nak taknak saya tetap kena hantar sebab ni adalah tugas saya sebagai penghantar makanan. Tapi serius cakap memang penat dapat order yang macam tu.

Kebiasaannya saya akan ambil jadual bekerja selama sepuluh jam sehari untuk capai target gaji yang saya perlukan. Dalam masa sepuluh jam tu boleh la saya buat penghataran sebanyak 20 hingga 25 kali sehari.

Cabaran tentang kerja ni tak banyak mana, cuma biasa la kan menunggang motosikal ni agak berisiko tinggi kena berhati-hati la. Harap semuanya berjalan lancar. Cuma cabaran tentang kerja ni ketika waktu hujan, customer kadang-kadang hujan ni diorang lapar, harap diorang boleh faham la kerja kami hantar makanan dalam waktu hujan lebat amat berisiko. Beri la kami ruang dan masa untuk buat penghantaran kepada anda. Bertimbang rasa kan amalan mulia. ;)

Ramai yang tanya saya berapa gaji yang Food Panda bagi untuk kerja sebagai penghantar makanan ni. Untuk kerja sebagai rider macam ni korang tak ada gaji basic yang akan diberi dan tiada EPF dan SOCSO. Cuma korang akan diberi gaji perjam dan komisyen setiap order.

Gaji kami dibayar sejam RM4 dan komisyen setiap penghantaran diberikan mengikut batch.

Batch 1: RM5.00 per order
Batch 2: RM4.00 per order
Batch 3: RM3.50 per order
Batch 4: RM3.00 per order
Batch 5: RM3.00 per order

Saya boleh berikan contoh anggaran kasar untuk gaji sehari jika berada di batch 3.

Bekerja 10 jam = RM4.00 x 10 = RM40
Buat pengharan 23 order = RM3.50 x 23 = RM80.50

Total Jam bekerja + Order = RM40 + RM80.50 = RM120.50 Sehari

Ini adalah cotoh sahaja untuk anggaran kasar pendapatan seorang rider Food Panda. Tak semua hari kami boleh dapat banyak order. Kadang order sikit dan kadang-kadang dapat rezeki lebih Alhamdulilah. Gaji kami akan dibayar pada setiap minggu (Setiap hari rabu).

Batch yang dimaksudkan adalah ranking pencapaian kerja bagi seorang rider. Sekiranya rider itu bekerja lebih dan membuat penghantaran yang banyak maka dia akan dapat berada di batch yang atas, sekiranya tak maka akan jatuh berada di batch bawah.

Pendapat saya tentang kerja sebagai penghantar makanan macam ni rasanya tak sesuai untuk dijadikan kerjaya jangka masa yang panjang. Tapi sekiranya untuk dijadikan pendapatan sampingan saya amat galakkan untuk anda buat jika berminat. Untuk yang masih belum terima apa-apa peluang pekerjaan selepas habis belajar boleh la jadikan ini kerja sementara anda.

Pendaftaran untuk jadi rider Food Panda ni sangat-sangat mudah dan simple. Jika korang nak cuba jadi rider Food Panda macam saya korang boleh click sini dan isi borang. Dan nanti korang akan diberi pilihan untuk pilih no whatsapp Capten Food Panda kawasan pilihan anda. Kemudian korang boleh jumpa untuk buat pendaftaran dan praktikal tentang cara kerja sebagai rider Food Panda. Semudah ABC.

Sempat lagi promot. Hee.. Sekian ;)

7 comments:

  1. Goodn sharing.. Btw semoga hati2 semasa mbuat penghantaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih utk pesanan tu.. InsyaAllah, doakan kerja kami semua berjalan dengan baik :)

      Delete
  2. thanks for sharing this bro! saya memang respek dengan rider food panda. Berpanas, Berhujan, tetap di redah untuk jalankan tugas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome bro.. :) Tanggungjawab kami perlu jalankan tugas mcm tu.

      Delete
  3. thank you for sharing. salute dengan orang yang sanggup jadi food rider. dah lah hantar makanan sampai depan pintu, kalau hujan lagi mencabar :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome.. :) Yurp agak mencabar bila hujan.. Tapi kalau hujan terlalu lebat dan agak membahayakan, kami akan berhenti sekejap hingga hujan reda.. harap para pelanggan kena sabar sikit waktu hujan.. Hee ^_^

      Delete
  4. dah daftar tp belum dapat id, agak2 berapa lama untuk dapat id tu eh?

    ReplyDelete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search