13 February 2020

Kenapa saya tak guna WordPress?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya nak cerita kenapa saya gunakan blogspot sedangkan saya sendiri tahu tentang macam mana nak uruskan wordpress.

Walaupun saya mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang Wordpress, tapi sejak saya cuba menceburkan diri semula dalam bidang blogging ini saya mula rasa yang saya ini tak perlukan blog yang advance sebabnya blog ini bertemakan personal.

Memang ramai yang cakap untuk nampak menarik tertarik kau memang debom dalam dunia blogging kena guna website yang advance. Bagi saya itu tak perlu, sebabnya untuk kegunaan personal cukup sekadar gunakan feature yang simple dan design yang minimal.

Saya mula dunia blogging ni pada tahun 2010 dengan menggunakan blogspot dan memang teringin nak ada domain sendiri macam sekarang ni, dan teringin nak guna wordpress sebagai platform utama tapi apakan daya dulunya saya hanyalah budak noob. Impian hanya tinggal impian. Dan sekarang semua tu saya dah dapat berserta dengan pengalaman membuat website yang lebih advance.

Setelah diteliti berdasarkan pengalaman, sebenarnya saya tak perlu menggunakan website yang perlu dijaga rapi seperti wordpress. Untuk menggunakan wordpress korang memerlukan komitment untuk menjaga suapaya website wordpress korang maintain seperti yang korang bangunkan. Kerana wordpress sentiasa akan update dan tambah baik feature mereka.

Untuk bangunkan website advance berlandaskan wordpress, saya perlu menanggung kos untuk menyewa hosting. Dan itulah sebabnya saya memilih untuk hanya menggukan blogspot sebagai medium utama blog saya.

Dibawah ini saya senaraikan point utama yang perlu korang pertimbangkan untuk menggunakan wordpress.

1. Maintain Website

2. Membayar kos hosting

3. Membayar kos domain

Kenapa saya gunakan Blogspot tak guna wordpress?

Tak dinafikan blogger ni banyak kekurangan kalau nak dibandingkan dengan wordpress yang bermacam-macam benda yang kita boleh buat dan custom. Nak pasang pluggin free atau berbayar pilih je ikut suka korang semudah ABC.

Tapi masalahnya pada saya adalah saya tak punya banyak masa untuk fokus pada penjagaan wordpress untuk sentiasa maintain seperti yang dimahukan. Pada masa yang sama sekiranya saya menggunakan banyak features atau upload terlalu banyak file ia akan membuatkan website menjadi lebih perlahan kemudian saya perlu upgrade storage hosting dan itu akan menambahkan lagi kos pada pengurusan website wordpress saya pada setiap tahun. Yer, hosting dan domain perlu dibayar setiap tahun.

Itu adalah punca kenapa saya pilih untuk kembali kekal menggunakan blogspot. Saya dapat jimatkan banyak masa dan juga dapat jimatkan kos bayaran sewaan hosting pada setiap tahun. Hastag, benda boleh jimat buat apa membazir?

Tapi itu semua adalah pendapat peribadi saya sekiranya anda mempunyai pendapat berbeza dengan saya itu adalah hak anda. Sekadar ini sahaja perkongsian saya kali ini. Maaf blog ini terlalu jarang update. Jumpa lagi next entry. ^_^

3 comments:

  1. samaa! sebab actually untuk suka-suka. beside tak payah pening-pening kepala okay bila guna blogger..

    ReplyDelete
  2. Kalau dah ready, boleh la migrate terus ke wp. Aku dulu macam kau juga. Tapi bila rasa niat nak ada lagi ramai pembaca, aku tukar ke wp sebab membantu aku untuk setting SEO. Mula-mula rasa berat juga bayar mahal, tapi bila dah paksa diri untuk menulis, dalam dua tahun, blog aku jana 30 kali ganda hasil berbanding kos aku. Aku baru ada 68 entri je.

    Good luck untuk berblogging.

    ReplyDelete
  3. Sy pn skong pndpt azmir, klo nk monetize blog baik gune wp, rather than free... Tpi syg klo guna blogger if klo blh monetize since da ada routine tiap2 hari update post kan.. Why not take a chance, the profit will turnover the cost.., sy blogging dri thn 2012 smpi 2019 decided chnge, alhamdulilah site sy thespringmoney.com make income while i sleep through display ads google adsense, there is pro and cons but it outweight more than the cons, since kat malaysia msh bnyk niche yg available compare to us. Spnjg tmpoh blogging guna google sy mnyesal x monetise blog, sjk ade webhost sndiri sy bljar bnyk tntg seo, ranking and many more features in depths. That my one cent comment

    ReplyDelete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search