Siapa Saya?


Nama diberi Mohamad Safiuddin atau lebih dikenali dengan nama Udin. Mula menulis blog pada tahun 2011, namun akhirnya terhenti di pertengahan jalan. Setelah lebih kurang enam tahun berhenti dari dunia blogging, kini kembali ke area ini untuk mencabar diri keluar dari keselesaan untuk memulakan sesuatu yang telah ditinggalkan.

Berminat dengan teknologi komputer bermula sejak dibangku sekolah rendah. Melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati iaitu Pengaturcaraan Komputer di sebuah institusi pengajian awam. Mempunyai pengalaman bekerja sebagai web design dan web development di salah sebuah syarikat milikan bumiputra di Belantara Konkrit Kuala Lumpur.

Merupakan seorang yang teliti terhadap sesuatu pekara, namun begitu sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Kini sebagai seorang Freelance untuk Web Design dan blogger sepenuh masa, mula mengorak langkah sendiri untuk mencapai matlamat.

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search